Warga emas dikhuatiri lemas ketika pasang pukat rawai

Iklan
Bot dipercayai milik mangsa ditemukan berpusing-pusing dalam keadaan enjin dihidupkan di sekitar kawasan rumah api lama Pantai Bagan Lalang sebelum ditarik ke tebing.

PELABUHAN KLANG - Seorang warga emas, Dol Naik,67, dikhuatiri lemas ketika memasang pukat rawai kira-kira empat batu nautika barat Kuala Sepang pada jam 5 petang semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada jam 9.40 malam dari Pusat Operasi Bomba Selangor.

Iklan
Iklan

"Maritim Selangor hubungi anak mangsa untuk mendapatkan pengesahan dan dimaklumkan bapa saudaranya yang melihat keadaan bot mangsa yang berpusing dalam keadaan enjin dihidupkan di sekitar kawasan rumah api lama Pantai Bagan Lalang pada jam 5 petang. Bot tersebut kemudiannya telah ditarik ke tebing.

"Mangsa dipercayai keluar untuk memasang pukat rawai pada jam 3 petang. Bantuan aset dari Maritim Selangor telah digerakkan ke lokasi kejadian pada pada jam 10 malam dan operasi carilamat telah diaktifkan pada jam 11.55 malam tadi namun masih belum ada apa-apa penemuan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, operasi tersebut masih diteruskan pada hari ini di sektor pencarian seluas 50 batu nautika persegi dari Tanjung Tumpat hingga selatan Kuala Sepang Besar.

"Operasi melibatkan lima pegawai dan 51 anggota serta aset dari Maritim Selangor, Maritim Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Majlis Daerah Sepang bagi mencari mangsa," katanya.

Iklan