PELAKON Nadia Brian selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muizz Nasruddin kira-kira jam 12.03 tengah hari tadi.
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin.
"Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.
"Insya Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Berita Harian.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 28, mengenali suaminya menerusi teman baik yang juga pelakon, Ainul Aishah kira-kira dua tahun lalu.
Pasangan terbabit akan diraikan malam ini dalam majlis resepsi di lokasi sama.
SUMBER: Berita Harian