KUALA LUMPUR - Penurunan harga petrol RON95 dan RON97 sebanyak 27sen serta 14sen bagi diesel bermula 12 tengah malam tadi melegakan hati pengguna yang sememangnya menanti perkhabaran gembira itu sejak perubahan kerajaan.
Pengusaha van sekolah, Robaiyah Rajiei, 51, yang mengusahakan perkhidmatan itu sejak lapan tahun lalu menyambut baik pengumuman tersebut.
Ibu tunggal itu berkata, dia memperuntukkan RM50 mengisi minyak bagi mengambil dan menghantar kira-kira 50 pelajar sekolah dari Taman Pelangi ke sekolah di Bandar Country Homes Rawang setiap hari.
"Kalau dulu RM30 pun dah cukup tapi sejak minyak asyik naik kos minyak juga bertambah.
"Bagi yang buat bisnes pengangkutan memang sakit tapi apabila kerajaan umum harga minyak turun dapatlah kami untung sikit," katanya.
Seorang runner, Siti Juliana Mohamad Talib, 36, turut berkongsi kelegaan dengan berita gembira tersebut kerana dapat menjimatkan kos penghantaran kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur yang diketahui tidak dapat mengelak sangkut dengan kesesakan trafik.
"Setiap hari sekurang-kurangnya saya perlu membuat penghantaran antara empat hingga lima jambangan bouquet kepada pelanggan.
Saya perlu hantarnya antara jam 10 hingga 1 tengah hari untuk elak tersangkut dalam kesesakan trafik.
"Minyak turun sememangnya sangat membantu dan dapatlah saya berjimat dalam tempoh seminggu, saya harap minggu depan harga minyak terus turun," katanya.
Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petroleum diturunkan mulai 12 tengah malam semalam bagi tempoh 5 Januari hingga 11 Januari 2019.
Bagi tempoh tersebut, harga runcit petrol RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter daripada RM2.50 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter daripada RM2.20 seliter dan diesel kepada RM2.04 daripada RM2.18 seliter.