KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengeluarkan penamatan amaran ribut tropika Pabuk bermula 5 Januari 2019.
Ketua Pengarah MMD, Alui Bahari berkata,
kedudukan ribut tropika Pabuk semakin menjauhi perairan negara dan tidak memberi ancaman kepada Malaysia.
Sehubungan dengan itu katanya, ini merupakan makluman terakhir mengenai ribut tropika Pabuk.
"Ribut tropika Pabuk kini berada di kedudukan 8.9°U 98.2°T dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) ke arah barat laut menuju Teluk Benggala.
"Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di kawasan perairan Phuket.
"Jarak ribut ini dari bandar Arau adalah 362 kilometer (km) dan Langkawi adalah 345 km," katanya.