Wanita maut jatuh tingkat 14

Iklan
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 14 flat berkenaan.

SEREMBAN - Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah flat di sini malam semalam.

Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.40 malam itu disedari penduduk flat berkenaan yang terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menghubungi polis dan ambulans.

Iklan
Iklan

"Identiti mangsa yang berumur 43 tahun tersebut telah dikenalpasti dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) yang tiba di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HTJS untuk bedah siasat. Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah didapati dalam kes kematian ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan

Mohd Said berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.