Kami bersemangat bantu orang ramai!

Iklan
Anggota APM Pasir Mas mencuba bot baharu yang disumbangkan oleh Nadma.

PASIR MAS - Empat buah bot baharu sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melonjakkan lagi semangat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Mas untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat sepanjang musim tengkujuh tahun ini.

Pegawai APM Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, kehadiran jentera baharu itu akan memudahkan lagi operasi membantu dan menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Iklan
Iklan

"Walaupun Pasir Mas dan Rantau Panjang sudah sinonim dengan banjir namun segala persiapan sudah digerakkan lebih awal sejurus sahaja memasuki bulan November.

"Persiapan ini bagi memastikan gerak kerja APM Pasir Mas berada pada tahap terbaik dalam menangani musibah itu nanti," katanya.

Iklan

Menurutnya, tidak cukup dengan itu persiapan mental dan fizikal anggota turut diperkemaskan bagi memastikan mereka bersiap sedia.

Katanya, pelbagai bentuk latihan termasuklah pengendalian bot telah dibekalkan kepada anggota APM bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik.

Barisan anggota APM Pasir Mas yang bersemangat memberikan khidmat terbaik kepada orang ramai sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Iklan

Mohd Arif berkata, pengurusan bencana banjir memerlukan komitmen dan daya tahan yang tinggi supaya amanah dipikul terlaksana dengan baik.

Katanya, seramai 250 anggota termasuk yang baharu berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sebaik sahaja air sungai melimpahi tebing.

Mohd Arif berkata, jalinan kerjasama bersama agensi lain turut diperkukuhkan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.