ABUJA - NIGERIA. Sekurang-kurangnya enam anggota militan Boko Haram terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Borno pada Khamis.
Menurut kenyataan jurucakap tentera, Jeneral Usman Sani, pihaknya turut menyelamatkan tiga wanita yang menjadi tebusan kumpulan terbabit di Boskoro.