Najib yakin kemampuan BN di Tanjung Piai

Iklan
Najib ketika berucap pada program Bikers Berselawat di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini malam ini.

KUKUP -"BN akan bangkit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kali ini," itu reaksi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengulas peluang BN pada PRK kali ini.

Najib berkata, keyakinan berkenaan disuarakan berdasarkan angin perubahan dalam landskap politik negara ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, angin perubahan berkenaan telah bermula di Cameron Highlands, kemudian sampai ke Semenyih, Rantau dan kini angin itu sampai ke penghujung benua, di Tanjung Piai.

"Tapi kita rasa lega dan besar kerana suara orang muda penting untuk masa depan negara," katanya ketika berucap pada program Bikers Berselawat di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini malam ini.

Iklan

Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan alunan selawat oleh orang ramai.

Sementara itu, Najib berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu dilihat memiliki hikmah yang tersendiri.

Iklan

Katanya, kekalahan berkenaan secara tidak langsung memberikan peluang kepada rakyat untuk menilai kerajaan PH.

"Setelah 18 bulan masih tidak ada apa-apa pun. Dalam belanjawan tak sebut pun pasal manifesto," katanya.