KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah ekoran ribut tropika Nakri yang dijangka membadai Vietnam.
MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan percerapan pada jam 5 pagi ini, lekukan ribut tropika itu dikesan terbentuk pada latitud 12.5 utara dan longitud 112.0 timur, kira-kira 618 kilometer (km) ke timur laut bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.