KUALA LUMPUR - Juara melontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli gagal mempertahankan pingat emasnya dalam kategori lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Sabtu (Ahad di Malaysia).
Menurut laman sesawang The Paralympics, www.paralympic.org, pemenang pingat emas para dunia 2017 itu hampir mempertahankan pingat emasnya selepas mencatatkan lontaran sejauh 17.03 meter (m) dalam cubaan kelimanya, sebelum dipintas oleh atlet Ukrain, Maksym Koval yang melakukan lontaran sejauh 17.11m dalam cubaan terakhir untuk memperoleh emas.