'Jangan guna taktik kotor'- Dominic

Iklan
Dominic (dua dari kanan) menunjukkan gambar papan iklan yang tumbang di Pekan Nanas.

PONTIAN - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau meminta semua parti politik agar tidak menggunakan taktik kotor dalam berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Dominic berkata, beliau tidak ditujukan kepada pihak tertentu namun insiden terbaharu yang melibatkan papan iklan Gerakan tumbang di Pekan Nanas perlu diberikan perhatian serius.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, insiden berkenaan berlaku buat kali kedua sejak penamaan calon PRK Tanjung Piai pada 2 November lalu.

"Kita kecewa dengan perkara ini dan bertambah kecewa bila ada papan iklan besar didirikan di kawasan berkenaan.

Iklan

"Ini bukan kali pertama, papan iklan kita dijatuhkan. Pihak berkuasa mesti bertindak.

"Calon kita, Wendy Subramaniam akan buat laporan di balai polis Pekan Nanas hari ini," katanya.

Iklan

Sementara itu bagi mengulas berhubung perjalanan kempen parti Gerakan bagi PRK kali ini, Dominic berkata, setakat ini semua berjalan lancar.

"Alhamdulillah, kita dapat reaksi yang baik daripada orang ramai.

"Diharapkan orang ramai terus berikan sokongan padu kepada calon kita," katanya.