PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia Airlines MH360 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing semalam terpaksa berpatah balik ekoran masalah gear pendaratan.
Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Airlines berkata, demi keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).