Gerakan minta penjelasan pertukaran guru dari Arab Saudi

Iklan
Dominic

IPOH - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau meminta Kementerian Pendidikan memberi penjelasan berhubung pertukaran guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Arab Saudi ke negara ini.

Dominic berkata, penjelasan berhubung perkara berkenaan penting kerana ia dilihat agak mengecewakan memandangkan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertuturan mahu pun bahasa ibunda di Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, standard atau penguasaan bahasa Inggeris oleh rakyat negara ini juga jauh lebih baik berbanding negara Timur Tengah itu.

"Kementerian Pendidikan buat keputusan yang mengecewakan apabila mahu membawa masuk guru-guru dari Arab Saudi untuk mengajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di negara ini.

Iklan

"Oleh itu, kita minta penjelasan daripada Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) mengenai isu ini,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Gerakan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kerajaan Arab Saudi membuat pertukaran guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mereka ke negara ini untuk dilatih bagi mempersiapkan sistem pendidikan menghadapi Pendidikan Abad Ke-21.

Iklan

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan persetujuan itu dicapai menerusi pertemuan Dr Maszlee bersama Menteri Pendidikan Arab Saudi, Dr Hamad Mohammed Al Shaikh baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Dominic berkata, berdasarkan kajian menerusi kemahiran dalam bahasa English', Malaysia menunjukkan tahap 22 iaitu tahap yang tinggi.

"Keadaan ini jelas berbeza dengan tahap sama bagi Arab Saudi yang mencatat 83 iaitu tahap paling rendah. Saya sendiri pun memang tak faham mengapa menteri kita buat keputusan begitu

"Apatah lagi membawa masuk guru-guru yang lebih lemah dan lebih rendah berbanding kita bagi tujuan mengajar anak-anak kita," katanya.