Kapal minyak sawit mentah terbakar di Lahad Datu

Iklan
Sebuah kapal membawa minyak sawit mentah terbakar di jeti Fordeco Construction Sdn Bhd di sini kira-kira jam 11 pagi tadi. - Foto Sumber orang ramai

LAHAD DATU - Sebuah kapal membawa minyak sawit mentah terbakar di jeti Fordeco Construction Sdn Bhd di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.40 pagi menerusi sistem MERS 999 mengenai kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan jeti minyak dan juga sebuah kapal Ever Growth milik Syarikat Pengangkutan Kekal Sdn Bhd berasal dari Sandakan yang membawa minyak sawit mentah.

"Semasa kebakaran berlaku, kapal telah ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan kebakaran merebak ke tongkang atau kapal lain yang berada di limbungan Fordeco Construction," katanya.

Iklan

Menurut Nasri, kebakaran dianggarkan bermula lebih kurang jam 11 pagi dan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu berjaya memadamkan kebakaran pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran dalam siasatan. - Bernama

Iklan