Kemenangan 100 peratus, Malaysia layak ke Uzbekistan

Iklan
Keputusan skuad bawah 18 tahun negara (B-18) menundukkan Thailand, 1-0, di Kemboja hari ini. - Foto: FAM

SKUAD bawah 18 tahun negara (B-18) mengesahkan tiket ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 apabila menundukkan Thailand, 1-0, di Kemboja hari ini.

Anak buah Brad Maloney gah merekodkan empat kemenangan dengan 12 mata sekaligus melayakkan negara ke Uzbekistan selaku juara kumpulan G.

Iklan
Iklan

Dalam aksi menentang Thailand itu, jaringan tunggal Muhamad Umar Hakeem pada minit ke-83 memastikan pasukan lawan berputih mata.

Situasi ini menyaksikan skuad B-18 berjaya mengelak nasib diterima skuad bawah 23 tahun (B-23) dan skuad bawah 16 tahun (B-16) yang gagal mara ke pusingan akhir AFC selepas terkandas pada pusingan kelayakan sebelum ini.

Iklan

Dalam aksi sebelum ini, Malaysia merekodkan kemenangan 5-4 menentang Kemboja, Brunei (11-0) dan Northern Mariana Islands (10-0).