Cabar sekolah vernakular: Peguam gagal dapatkan kebenaran

Iklan
Azam (dua dari kiri) dan peguamnya, Datuk Shaharuddin Ali bersama barisan peguam-peguam pemerhati.

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pasukan peguam bagi kes mencabar keabsahan sekolah vernakular pertimbang akan melakukan 'sesuatu' di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan Mahkamah Persekutuan tidak memberi kebenaran untuk meneruskan prosiding itu.

Peguam, Datuk Shaharuddin Ali berkata, pihaknya akan memulakan tindakan tersebut selepas meneliti alasan penghakiman Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed.

Iklan
Iklan

"Selepas baca penghakiman tersebut, Insya-ALLAH kita akan lakukan sesuatu di mahkamah tinggi kelak," katanya.

Mengulas mengenai keputusan hari ini, beliau berkata, pihaknya terkejut dengan keputusan itu.

Iklan

"Reaksi pertama saya, kita terkejut. Terkejut dengan keputusan ini," katanya kepada media di luar mahkamah di sini.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa mahkamah itu bukanlah sesuai untuk mendengar permohonan tersebut.

Iklan

"Kita menunggu dahulu alasan penghakiman kerana terlalu banyak isu yang dibincangkan oleh Yang Arif," katanya.

Pada 23 Oktober lalu, peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud sebagai tidak berperlembagaan.