Timbalan menteri rebah dalam Dewan Rakyat

Iklan
Eddin Syazlee meninggalkan Dewan Rakyat dengan bantuan kerusi roda ke klinik di bangunan Parlimen.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pagi ini terpaksa dihentikan seketika apabila Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith pitam dan dan rebah ketika sesi soal jawab.

Beliau yang juga Timbalan Menteri komunikasi dan Multimedia rebah ketika Timbalan Menteri Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin menjawab soalan bagi pihak kementeriannya.

Iklan
Iklan

Timbalan Speaker, Rashid Hasnon mengarahkan sidang ditangguh 10 minit untuk wakil rakyat itu diberi rawatan perubatan segera sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN).

Sidang tertangguh kira-kira lima belas minit sebelum disambung semula jam 10.43 pagi.

Iklan

"Minta bertenang dan berdoa agar YB-YB sihat walafiat,” kata Rashid sebaik menyambung semula sidang.

Eddin Syazlee, 45, meninggalkan Dewan Rakyat dengan bantuan kerusi roda ke klinik di bangunan Parlimen.

Iklan

Pada 21 Oktober lalu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman mengejutkan Ahli Parlimen apabila rebah semasa membahaskan Belanjawan 2020.

Selepas bantuan awal, Mansor kemudian dilaporkan sedar semula dan dibawa keluar dari dewan dengan kerusi roda.