Jenazah dua beradik lemas di Pantai Batu Layar selamat dikebumi

Iklan
Mayat mangsa lemas di Pantai Batu Layar Desaru diusung bomba dan polis petang semalam.

PASIR PUTEH - Jenazah dua beradik yang lemas di Pantai Batu Layar Desaru, Kota Tinggi, Johor petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telosan di sini hari ini.

Kedua-dua jenazah Siti Hajjar Adila Mohd Rohimi, 25, dan adiknya, Ummu Sulaiin, 23, dikebumikan dalam dua liang lahad pada jam 2 petang tadi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, bapa kedua-dua mangsa, Mohd Rohimi Said, 53, berkata, beliau mengizinkan kedua-dua anaknya pergi menziarahi ahli keluarganya di Pontian, Johor beberapa hari lepas sebelum tragedi yang meragut nyawa anaknya berlaku semalam.

"Saya dapat tahu mengenai pemergian anak kelima dan keenam itu pada jam 5.30 pagi tadi selepas dihubungi oleh seorang kenalan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga wanita termasuk dua beradik lemas

Tiga saudara lemas: Polis masih siasat punca kejadian

Iklan

"Sebelum kejadian saya diberitahu kedua-duanya ingin berjalan-jalan ke pantai berkenaan sebelum bertolak balik ke rumah,” katanya.

Semalam, tiga wanita termasuk dua beradik ditemukan mati lemas oleh orang ramai di Pantai Batu Layar, Desaru pada jam 5.30 petang.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Asiah Abdul Rahman, 41, beralamat di Felda Chiku 1, Gua Musang. - Bernama