Lunas tunggakan elaun imam

Iklan
Mohd Nor (barisan kedua, tengah) bersama imam dan bilal yang menerima tunggakan elaun.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu melunaskan tunggakan elaun berjumlah RM2.9 juta kepada 42 imam dan bilal di negeri itu yang disekat mulai tahun 2004 kerana salah faham.

Exco Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, keputusan untuk membuat bayaran itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri setelah kerajaan meneliti, membuat kajian dan menyelesaikan salah faham itu secara adil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setelah pertimbangan dibuat bayaran tunggakan elaun itu dilunaskan mengikut tempoh perkhidmatan imam dan bilal yang dikenakan tindakan.

"Imam dan bilal yang terlibat ini bertauliah dan mereka menerima elaun bulanan antara RM700 hingga RM900. Tapi mereka tetap meneruskan tanggungjawab sepanjang tempoh sekatan iaitu antara tempoh 2004 sehingga tahun lepas.

Iklan

"Bagi jumlah bayaran tunggakan elaun ini ia bergantung pada tempoh perkhidmatan mereka. Ada yang terima RM1,500 dan bayaran tertinggi adalah hampir RM115,000,” katanya pada Majlis Penyerahan Wang Tunggakan Imam dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Seri Iman semalam.

Mohd Nor (kiri) menyerahkan replika cek bayaran kepada salah seorang imam, sambil diperhatikan Mat Azmi (dua dari kiri).

Iklan

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad.

Sementara itu, Imam Masjid Kampung Kolam, Kuala Ibai, Ibrahim @ Muda Kh Mamat@Mohd yang menerima tunggakan elaun berjumlah RM104,250 melahirkan rasa syukur kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Terengganu di atas keprihatinan yang diberikan.

"Apa yang kami terima hari ini mungkin atas sikap sabar dan menganggap setiap tugasan itu adalah tanggungjawab selain perlu ikhlas kerana ALLAH SWT.

"Insya-ALLAH rezeki ini akan dikongsi bersama keluarga dan saya juga berhasrat nak buat kenduri kesyukuran,” katanya.