Larangan minum arak secara terbuka perlu

Iklan
Hanafi Zulkapli

SHAH ALAM - Satu dasar larangan minum arak di tempat awam perlu diwujudkan bagi memelihara kesucian Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Pemuda Pemuda Pas Negeri Selangor Hanafi Zulkapli berkata, peruntukan sedia ada terlalu terbuka dan tidak bersifat mencegah kerana tindakan penguatkuasaan hanya dikenakan jika wujud perkara yang tidak diingini.

Iklan
Iklan

"Islam sudah menetapkan arah membawa kemudaratan dan kajian makmal membuktikan bahayanya termasuk kemalangan, pergaduhan dan sebagainya," katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata dasar larangan minum arak secara terbuka di tempat awam akan membolehkan kawalan secara menyeluruh ke atas setiap orang Islam dan bukan Islam secara umumnya.

Iklan

"Bagi orang Islam, mereka telah terikat dengan ketetapan Kanun Jenayah Syariah tetapi bagi orang bukan Islam dasar itu perlu supaya suasana lebih terkawal.

Jelasnya, perlu adanya publisiti dan kempen mengenai keburukan arak selain penguatkuasaan secara komprehensif sama ada melalui peringkat persekutuan, negeri atau PBT.

Iklan

"Larangan ketat harus dikenakan terhadap promosi arak sama ada pada papan iklan atau aktiviti penajaan sukan," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan tidak ada peraturan melarang orang ramai minum arak di tempat awam di Selangor seperti larangan merokok.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, peraturan itu sukar dilaksanakan kecuali terdapat peruntukan undang-undang khusus berhubung perkara itu di peringkat Persekutuan atau negeri.

"Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan (PBT) mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras mengikut waktu yang dibenarkan iaitu sehingga 9 malam.