Gigi tumbuh dalam lubang hidung

Iklan
Doktor mengenal pasti gigi tersebut melalui Sinar X. Gigi yang berjaya dikeluarkan dalam hidung Zhang

HARBIN - Seorang lelaki tidak menyangka masalah pernafasan yang dihadapinya beberapa bulan lalu disebabkan oleh gigi yang tumbuh di lubang hidungnya.

Media China melaporkan, Zhang Binsheng, 30 memutuskan untuk mendapatkan rawatan perubatan setelah menghadapi kesukaran bernafas sejak tiga bulan lalu.

Iklan
Iklan

Dia memberitahu doktor menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan lubang hidungnya mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Doktor menasihatinya untuk menjalani sinar X, dan mendapati terdapat bayangan 'ketumpatan tinggi' di bahagian belakang rongga hidungnya.

Iklan

Zhang kemudian terkejut apabila ahli perubatan menjelaskan bahawa mereka percaya ia adalah gigi yang hilang.

Gigi itu telah disingkirkan dari mulutnya ketika dia jatuh dari tingkat tiga sebuah pasara raya pada usianya 10 tahun, dan entah bagaimana telah berakar dan tumbuh di dalam hidungnya.

Iklan

Menurut Doktor Guo Longmei dari Hospital Perubatan Harbin Keempat, Harbin di China, kerana gigi itu itu kepunyaan Zhang, hidungnya tidak menolaknya sebarang 'objek asing'.

Gigi yang berukuran 1cm itu berjaya dikeluarkan dari hidung Zhang semasa pembedahan yang berlangsung 30 minit minggu lalu.

Dia kini pulih sepeerti sedia kala.

Mempunyai gigi yang tumbuh di hidung dianggap jarang berlaku, dengan kurang daripada 0.1 peratus penduduk menghadapinya. -Agensi