Baju guru besar Shin Chan trend fesyen?

Iklan
Paparan rekaan baju guru besar animasi Shin Chan tular di laman sosial.

TOKYO - Peminat industri fesyen kini memperkatakan mengenai pelbagai perkara termasuk jenama popular, potongan, fabrik sehingga corak dan warna pilihan.

Baru-baru ini, tular mengenai fesyen dari jenama terkenal antarabangsa yang didakwa inspirasi daripada watak kartun popular.

Iklan
Iklan

Mereka didakwa ‘meniru’ rekaan baju guru besar Shin Chan, Bunta Takakura.

Rekaannya memang sama dan anda boleh lihat perbezaannya pada posting pengguna Twitter ini, @Tomokin_voice.

Iklan

Memetik laporan Vocket, suit itu adalah koleksi tahun lalu tetapi mendapat perhatian umum selepas pelayar Twitter berkenaan memuat naik gambar di laman sosial.

Laporan itu menyebut, isu inspirasi rekaan baju adalah perkara biasa dalam industri fesyen kerana pakaian watak kartun Lupin The 3rd sebagai contoh turut dijadikan inspirasi untuk pentas peragaan.

Iklan

Bagaimanapun dunia fesyen adalah meluas dan setiap karya yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti si pereka fesyen itu sendiri.

Kejayaan sesebuah jenama pula bergantung kepada trend rekaan busana yang dihasilkan terutama yang dipertontonkan di pentas peragaan.

Ia suatu titik tolak aliran fesyen kerana sesebuah pertunjukan fesyen itu boleh menjadi rebutan pembeli fesyen dari seluruh pelosok dunia atau hanya menjadi suatu kejayaan di pentas peragaan saja.

Siapa sangka guru besar Shin Chan boleh jadi trend feysen untuk peminat fesyen.

Sementara itu, netizen turut menyifatkan pereka jenama antarabangsa itu berkemungkinan peminat kartun Shin Chan dan tercetus idea tersebut.

Kata @oshiema,"Animasi mana yang bakal menarik perhatian pereka fesyen untuk projek akan datang?" ciapnya.

LINK TWITTER - https://twitter.com/TOMOKIN_Voice/status/1192960987004956672