Nur Alia sanggup masuk dalam longkang selamatkan kucing

Iklan
Paparan Facebook Nur Alia.

MUAR - Seorang wanita dianggap hero apabila berjaya menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam longkang di sebuah kedai serbaneka di Kampung Parit Jawa di sini.

Video berdurasi 1 minit 51 saat itu kembali tular di Facebook hingga meraih lebih 3,000 tontonan.

Iklan
Iklan

Lebih dikenali sebagai Intan Nur Alia, 22, katanya, dia ke kedai serbaneka bersama rakan kira-kira jam 1.05 petang pada 13 September untuk membeli barang namun ternampak seorang lelaki dalam keadaan termenung di hadapan longkang berkenaan.

"Saya hampiri lelaki itu, saya ingat dia tengah termenung mengenang nasibnya, rupanya dia tengah mengenangkan nasib kucing dalam longkang itu.

Iklan

"Tanya kenapa tak turun? Tolong kucing itu, lelaki itu hanya tersenyum sahaja,” katanya.

Tanpa berfikir panjang Nur Alia segera menyelamatkan anak kucing tersebut.

Iklan

"Ibu kucing itu sudah menunggu di atas kaki lima longkang dan seolah-olah mengerti anaknya mengalami kesusahan.

"Nak tinggal tak sampai hati. Perempuan tak perempuan. Turun je la... Kalau hidup hendak harapkan orang memanjang susah la kan. Alhamdulillah kucing itu selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu Nur Alia juga menyatakan tujuan memuat naik video di media sosial bukan untuk menarik perhatian netizen sebaliknya berasa bangga pada dirinya.

Malah tidak menyangka video dimuat naik dua bulan lalu tular semula dan menarik perhatian warganet.

"Tiada niat langsung untuk saya menunjuk dalam usaha menyelamatkan kucing tetapi saya muat naik di Facebook kerana berasa bangga pada diri saya. Ia adalah perkara di luar jangkaan.

"Tidak fikir panjang, dalam fikiran cuma nekad mahu selamatkan anak kucing itu. Kasihankan ibu kucing itu resah.

"Pada yang faham saya dan berfikiran positif pasal saya, Alhamdulillah...

"Kepada yang fikir saya mahu menunjuk, saya minta maaf, apa pun saya gembira. Terima kasih semua,” jelasnya menolak dakwaan ingin meraih populariti menerusi video tersebut.

Dalam pada itu Nur Alia dan rakan-rakannya turut memberi makan kepada kucing tersebut sebelum beredar ke tempat kerja.