Dua pejalan kaki melintasi lukisan mural berupa bangunan ikonik di sekitar daerah Pekan pada dinding sebuah bangunan kedai di Jalan Teng Quee di pusat bandar Pekan hari ini. Lukisan yang bertemakan hitam putih dan menjaga kebersihan itu memaparkan bangunan ikonik termasuk Istana Abu Bakar, Pekan River Front, Muzium Sultan Abu Bakar dan Kelab Polo Diraja Pahang. Hasil seni itu dilihat dapat mewarnai kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri bangunan lama seterusnya dapat menarik lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020. - Foto Bernama
Lukisan Mural
Iklan