Pantai Tambak Pontian berpotensi jadi destinasi memancing global

Iklan
Ammar (tengah) bersama petugas dan peserta pada program berkenaan semalam.

PONTIAN - Program Jelajah Surfcasting Tourism Malaysia siri kelapan yang diadakan di Pantai Tambak Pontian di sini Sabtu lalu berjaya mencatatkan sejumlah 2,142 penyertaan.

Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Domestik dan Acara), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, jumlah penyertaan itu juga adalah paling ramai direkodkan sepanjang bermulanya siri pertandingan memancing peringkat kebangsaan itu pada Mac lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedudukan lokasi pertandingan berkenaan juga menjadi tarikan pelancongan terutama bagi aktiviti memancing di peringkat antarabangsa.

"Kita sudah dapat momentum yang baik dengan pelaksanaan program ini di sini. Dengan penyertaan yang bagus seperti ini, kita rasa tiada masalah untuk Johor sendiri menjadikannya sebagai salah satu program signature.

Iklan

"Memang banyak lubuk-lubuk memancing lain di negara ini tetapi istimewa di Pontian adalah ia begitu hampir dengan beberapa negara jiran lain termasuk Singapura,” katanya ketika ditemui pada program itu Sabtu lalu.

Ammar yang juga Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2020 berkata, selain memberikan pulangan yang besar bagi negara ia juga memberi manfaat kepada negeri Johor sendiri yang turut menyambut Tahun Melawat Johor pada 2020 nanti.

Iklan

"Ini sebenarnya salah satu acara untuk persediaan kita bagi Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia) 2020. Syukur kita lihat penglibatan kali ini amat baik dan boleh dikatakan pemancing yang hadir bukan hanya dalam kalangan penduduk setempat sahaja malah ramai yang datang dari luar.

"Pertandingan yang kita adakan di Pontian ini juga dilihat amat membantu untuk dapatkan publisiti terbaik sebab kebiasaannya orang hanya tahu Pekan Nanas sahaja, sebenarnya banyak lagi lokasi menarik seperti pantai ini dan juga Tanjung Piai sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, penganjuran program itu juga membantu penduduk setempat menjana pendapatan.

"Kita buka ruang untuk mereka berniaga, jual air, makanan dan sebagainya. Sudah tentu, selain daripada itu, pemancing juga dapat menghabiskan masa bersama keluarga mereka selain melawat tempat-tempat menarik yang ada di sini,” katanya.

Pada program itu, kaki pancing bersaing bagi merebut hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM70,000, RM12,000 (kedua) dan RM5,000 (ketiga).

Turut diadakan adalah sesi cabutan bertuah berupa sebuah televisyen LED 60 inci, empat TV LED 32 inci, 20 hamper dan 10 barangan Igloo selain 1,000 baju-T pertandingan diedarkan.

KAPSYEN:

Ammar (tengah) bersama petugas dan peserta Program Jelajah Surfcasting Tourism Malaysia siri kelapan yang diadakan di Pantai Tambak Pontian Sabtu lalu.