KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan luruan angin timur laut yang dijangka bertiup kencang di beberapa kawasan di dua negeri berkenaan pada Khamis dan Jumaat ini.
Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata berikutan luruan angin itu, hujan berterusan dan angin kencang dengan kelajuan melebihi 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dalam tempoh itu.