Maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung: Hairul Azreen

Iklan

PENGACARA dan juga isteri kepada pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha kini sedang hamil dua bulan.

Berkongsi mengenai berita baik itu, Hanis memuat naik status panjang lebar di Instagramnya.

Iklan
Iklan

Mengimbau kenangan sewaktu hamil anak pertama, Hanis pernah melalui fasa loya yang memaksa dirinya muntah di tandas kafe.

Rentetan kejadian itu membuatkan ada pelanggan yang tidak senang kerana terdengar Hanis sedang muntah.

Iklan

Pun begitu, suaminya bangkit mempertahankan Hanis.

"Ada pakcik tua ini buat muka menjengkelkan sangat-sangat selama kedengaran Hanis muntah tu.

Iklan

"Sewaktu di kaunter pembayaran, dia bising-bising sampai satu kafe dengar, dia cakap"apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear).

"Jadi, my husband walked up to him and said"ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam"takdelah *mumble2*” dan berlalu pergi.

"Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita," kata Hanis.

Pasangan itu berkahwin pada Jun 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun.