Myanmar didakwa lakukan genosid ke atas Rohingya

Iklan
Kerajaan Myanmar perlu bertanggungjawab terhadap penindasan yang dilakukan oleh mereka ke atas penduduk Islam Rohingya. - Foto Bernama

THE HAGUE - Kerajaan Myanmar berdepan tuduhan melakukan genosid ke atas penduduk Islam Rohingya menerusi tuntutan undang-undang yang difailkan Gambia di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

Semalam, Menteri Kehakiman, Abubacarr Tambadou berkata, negara terbabit bertindak bagi pihak 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengheret Yangon ke mahkamah antarabangsa tersebut di The Hague.

Iklan
Iklan

"Matlamat utamanya adalah untuk memastikan Myanmar bertanggungjawab terhadap penindasan yang dilakukan oleh mereka ke atas etnik minoriti Islam terbabit,” katanya.

Abubacarr Tambadou

Dalam dokumen setebal 46 muka surat itu, negara Afrika Barat yang mempunyai majoriti penduduk Islam itu mendakwa tindakan Yangon telah mengakibatkan kemudaratan mental dan fizikal yang serius.

Iklan

Kandungan dokumen itu turut menuntut ICJ mengarahkan Myanmar untuk menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai, menghukum pelaku dan memberikan pampasan kepada mangsa.

Tambadou yang merupakan bekas pendakwa raya genosid di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda pernah melawat kem sesak menempatkan pelarian Rohingya di Bangladesh.

Iklan

Difahamkan, hanya negara boleh memfailkan kes ke atas sebuah negara lain di ICJ dan Gambia serta Myanmar adalah penandatangan Konvensyen Genosid 1948 yang menetapkan mereka perlu menghalang dan menghukum jenayah pembunuhan beramai-ramai. - Agensi