Bomba tulis nota 'hutang' susu di rumah mangsa kebakaran

Iklan
Paparan Facebook SBS News.

AUSTRALIA -"Kami hutang anda susu." Demikian nota yang ditulis anggota bomba Urunga Rural Fire Service (RFS).

Nota itu ditemui oleh seorang lelaki, Paul Sefky apabila kembali ke rumahnya di New South Wales selepas kebakaran hutan berhampiran rumah itu mula reda.

Iklan
Iklan

Difahamkan, anggota bomba telah bertungkus-lumus menyelamatkan rumahnya daripada hangus terbakar dalam kebakaran hutan di negara itu.

Dalam catatan nota itu, petugas bomba berkenaan memohon maaf kerana meminum susu milik pemilik rumah yang terjejas dalam kebakaran tersebut.

Iklan

Nota itu ditemui di bahagian dapur rumahnya yang turut ditandatangani oleh petugas bomba RFS.

"Ia adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyelamatkan rumah anda... PS - kami ‘berhutang’ anda susu," tulis anggota pasukan keselamatan itu lagi.

Iklan

Di dalam nota itu juga, petugas bomba berkenaan juga meminta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan gudang milik Sefky.

Perkara itu dikongsi di laman sosial Facebook SBS News dan ia mendapat ribuan tanda suka dari warganet.

Anggota berkenaan turut memberikan maklum balasnya dengan menurunkan komen menyatakan dia sangat gembira kerana mengetahui nota tersebut akhirnya diterima Sefky.

"Saya gembira kerana awak berjaya menerima nota tersebut. Kami (anggota bomba) terpaksa berehat sebentar di rumah anda dan kami menemui sebuah peti sejuk,” katanya.

Rata-rata netizen membaca nota itu memuji dan berasa bangga kerana anggota bomba sanggup bergadai nyawa mereka demi mangsa dan alam sekitar.

Kata, Hosneara Zaman Ali,"Nota yang cukup sayu, bangga dengan kamu (anggota bomba)."

ARTIKEL BERKAITAN: Australia isytihar darurat susulan kebakaran