Penganut Hindu, Islam India sambut baik keputusan Ayodhya

Iklan
Keputusan mengenai kes hak milik tanah Masjid Babri-Ram Janmabhumi yang menamatkan perebutan dan persengketaan berpanjangan disambut baik penganut agama Hindu dan Islam India.

KUALA LUMPUR - Keputusan mengenai kes hak milik tanah Masjid Babri-Ram Janmabhumi yang menamatkan perebutan dan persengketaan berpanjangan disambut baik penganut agama Hindu dan Islam India.

Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam satu kenyataan berkata, tiada insiden tidak diingini dilaporkan selepas keputusan dibacakan.

Iklan
Iklan

"Kita yakin dengan keputusan ini, masyarakat India berbilang agama boleh mara ke depan dengan semangat penuh muhibah," katanya.

Ia juga menyatakan dengan penghakiman bersejarah di Ayodhya ini, kerajaan India komited untuk memastikan tradisi muhibah dan keharmonian di kalangan semua komuniti serta saling hormat-menghormati demi memulihara semua rumah ibadat.

Iklan

Lima panel hakim Mahkamah Agung India pada 9 November, sebulat suara memutuskan mengenai hak milik tanah di Ayodhya, tempat struktur lama yang sekian lama dipertikaikan.

Dalam penghakiman yang dibuat berasaskan undang-undang dan bukti arkeologi serta bukannya berdasarkan kepercayaan (mana-mana pihak), mahkamah tertinggi itu yang dianggap sebagai badan Perlembagaan bebas dan berwibawa menegaskan, hak hartanah yang menjadi rebutan diserahkan kepada Ram Lalla Virajman (pihak menuntut) dan tanah seluas lima ekar (dua hektar) berasingan diarahkan supaya diserahkan kepada Lembaga Wakaf Sunni untuk membina masjid di Ayodhya.

Iklan

Hartanah itu akan diserahkan kepada sebuah Pemegang Amanah yang akan dibentuk oleh Kerajaan India bagi membina sebuah kuil.

Proses perundangan ini bermula pada 1950 di Mahkamah Daerah sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi Uttar Pradesh sebelum ia diputuskan mahkamah tertinggi India itu. - Bernama