Peguam, plaintif ditembak mati dalam mahkamah

Iklan
Keadaan dalam mahkamah tersebut sejurus insiden tembakan itu.

BANGKOK - Seorang pesara polis di Thailand yang terlibat dalam kes pertikaian tanah selama lebih 10 tahun menembak mati plaintif dan peguamnya sebelum dia maut ditembak polis dalam kejadian menggemparkan di sebuah kamar mahkamah pagi tadi.

Saksi mendakwa Thanin Chantratip menarik keluar pistol Glock.22 dari pinggangnya selepas dia terlibat dalam konfrontasi dengan peguam mangsa, Wijai Sukharom.

Iklan
Iklan

Wijai maut di lokasi kejadian manakala kliennya, Bancha Porameesanaporn disahkan meninggal dunia di hospital.

Polis di mahkamah Chanthaburi kemudiannya membalas tembakan itu dan menembak Thanin yang juga menghembuskan nafas terakhir di hospital.

Iklan

Dua peguam lain turut cedera manakala isteri plaintif, Supaporn berada dalam keadaan kritikal.

Menurut beberapa saksi, Thanin dan Wijau mula bertengkar sejurus mereka tiba di mahkamah untuk mendengar keputusan hakim.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Komander Polis Chanthaburi, Charan Jitchuejun memaklumkan siasatan telah dilancarkan ke atas kejadian itu. - Agensi