Patung juruterbang India dipamerkan di muzium Pakistan

Iklan
Beberapa pelajar berswafoto di hadapan patung Varthaman (dua, kanan) yang pesawatnya ditembak jatuh di ruang udara Kashmir pada awal tahun lalu. - Foto AFP

ISLAMABAD - Kerajaan Pakistan menempatkan patung juruterbang India yang pesawatnya ditembak jatuh di ruang udara Kashmir pada awal tahun lalu.

Patung dalam saiz sebenar Komander Sayap, Abhinandan Varthaman lengkap dengan misai lentik beliau kini teguh berdiri di galeri Operation Swift Retort di sebuah muzium yang dikendalikan Tentera Udara Pakistan di Karachi.

Iklan
Iklan

Insiden di wilayah yang menjadi pertikaian di Kashmir pada Februari lalu itu mencetuskan konflik baharu antara kedua-dua negara kuasa nuklear tersebut yang turut membawa New Delhi dan Islamabad ke ambang peperangan.

Selepas Varthaman ditahan, tentera Pakistan turut mengeluarkan rakaman video menunjukkan beliau sedang menghirup secawan teh dan menolak dengan baik untuk menjawab sebarang soalan.

Iklan

Beliau kemudiannya dibebaskan beberapa hari kemudian di bawah langkah berdamai dibuat Pakistan bertujuan untuk meredakan ketegangan antara New Delhi dan Islamabad.

Pameran itu turut mempamerkan cawan digunakan beliau dan beberapa bahagian bangkai serta ekor pesawat Mig-21 yang diterbangkan Varthaman pada masa tersebut.

Iklan

Selain itu, ia juga memaparkan imej menunjukkan detik ketika pesawat tersebut ditembak jatuh dan sewaktu beliau diserahkan kepada India di lintasan sempadan Wagah.

"Saya sangat berbangga melihat negara saya menempatkan patung Varthaman dalam galeri ini," kata pelajar gred 10 yang mengikuti lawatan sekolah, Samiullah Bari. - AFP