Mesin Kentang Goreng

Iklan
Eric Chew,36, menunjukkan kentang goreng yang dibeli dari Mesin Layan Diri Kentang Goreng di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) hari ini. Mesin berkenaan merupakan pertama di Malaysia yang dilancarkan semalam yang terletak di tingkat tiga KOMTAR di sini sekaligus menjadi lokasi tunggal penempatan mesin itu setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Akoof Food and Beverage Sdn Bhd R.Hari Krishnan berkata pelanggan boleh menikmati kentang goreng segar yang hanya mengambil masa 35 saat dengan bayaran RM3 bagi satu cawan.

Mesin yang diperkenalkan oleh syarikat berkenaan amat mudah digunakan oleh semua kaum daripada generasi muda hingga berusia.Penyediaan empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil amat mudah difahami dan diikuti dalam menghasilkan kentang goreng panas.- Foto Bernama