Produk santan sawit hasil penyelidikan MPOB lebih berkhasiat

Iklan
Dr Zaida bersama sebahagian daripada anugerah yang dimenangi bagi penyelidikan santan kelapa sawit sejak 1997.

SEBUT sahaja santan kelapa pastinya kita terbayang dengan pelbagai juadah masakan sama ada lauk pauk mahupun kuih muih yang enak.

Begitupun mungkin ramai tidak mengetahui bahawa pengambilan santan kelapa yang berlebihan mampu mengundang masalah kesihatan.

Iklan
Iklan

Ini kerana santan kelapa dikatakan mengandungi lemak tepu yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah pening-katan paras kolesterol dalam darah dan pelbagai penyakit lain termasuk obesiti serta serangan jantung.

Menyedari kesan yang memudaratkan pengguna, sekumpulan penyelidik dari Unit Pemakanan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tampil dengan menghasilkan produk santan sawit berteknologi tinggi dalam membantu masyarakat mencari alternatif lain bagi menggantikan santan kelapa.

Iklan

Ketua Kumpulan Phytonutrient, Bahagian Pembangunan Produk dan Khidmat Nasihat MPOB, Dr Zaida Zainal menjelaskan santan kelapa sawit memiliki pelbagai khasiat dan lebih seimbang dari segi lemak tepu serta lemak tidak tepu.

Menurutnya, selain faktor kesihatan, penyelidikan yang dilakukan itu juga bagi mencari alternatif kepada santan kelapa itu turut didorong oleh faktor kekurangan bekalan kelapa tempatan.

Iklan

"Kami difahamkan penggunaan per kapita kelapa di Malaysia adalah sekitar 19 kilogram (kg) setahun dan dijangka meningkat setiap tahun. Penggunaan domestik adalah sebanyak 750,000 metrik tan (mt) setahun dan ia tidak mencukupi untuk menampung permintaan kelapa yang tinggi saban tahun,” katanya kepada Bisnes Sinar baru-baru ini.

MPOB hasilkan santan serbuk, santan cair

Dr Zaida menunjukkan inkubator bagi penyelidikan santan sawit PLUS.

Mengulas lanjut, Dr Zaida berkata, pihaknya telah menghasilkan empat produk santan kelapa sawit bermula dengan formulasi santan sawit serbuk sebelum menghasilkan santan sawit cair dan seterusnya santan sawit PLUS serta penambahbaikan santan sawit serbuk dengan menggunakan teknologi terkini.

Katanya, santan sawit serbuk dilancarkan pada 1997 yang dihasilkan secara semburan kering manakala santan sawit dalam bentuk cecair hanya dihasilkan 10 tahun selepas itu dengan cara campuran ramuan, homogenizer dan dipasterize atau diretortkan santan sawit selepas mendapat permintaan daripada industri.

"Cabaran untuk menghasilkan santan sawit serbuk dengan semburan kering ialah produk yang terhasil tidak benar-benar kering menyebabkan ia sedikit lembap dan bergumpal.

"Ini menyebabkan kami terpaksa mencari teknik baharu untuk mengurangkan serbuk yang bergumpal dan lembap.

"Pada tahun 2019, santan sawit serbuk dapat dihasilkan dengan jauh lebih baik daripada sebelumnya dengan menggunakan dua teknik berlainan.

Ujar Dr Zaida lagi, bagi penyelidikan santan sawit cair, ia mengambil masa agak lama kerana MPOB perlu melakukan kajian terhadap kestabilan santan sawit pada suhu 4 darjah celcius selama 3 tahun.

Kata beliau, akhirnya mereka menemui cara bagi memastikan santan sawit cair ini dapat bertahan pada suhu terbabit selama tiga bulan tanpa pengawet.

"Begitu juga dengan santan sawit PLUS di mana penyeli-dikannya mengambil masa lebih kurang empat tahun untuk dihasilkan.

"Setakat ini MPOB mendapati santan sawit PLUS boleh tahan pada suhu bilik sehingga 2 tahun tanpa pengawet dan tidak rosak,” jelasnya.

Menurut Dr Zaida, kesemua teknik penghasilan santan sawit secara serbuk atau cecair telah dipatenkan oleh MPOB dan dikomersialkan oleh beberapa syarikat tempatan kecuali penemuan terbaharu dalam formulasi santan serbuk.

"Penyelidikan santan kelapa sawit telah mendapat pelbagai anugerah sejak 1999 di dalam dan luar negara dengan pencapaian terbaharu memenangi tempat pertama pada Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor 2019 bulan lalu dalam kategori industri kluster pemakanan," katanya.

Sementara itu, Dr Zaida berkata, santan kelapa sawit kaya dengan vitamin A dan E.

"Dua elemen itu terdiri daripada tokoferol serta tokotrienol dengan mempunyai unsur antioksida semula jadi baik untuk kesihatan terutamanya bagi penyakit jantung,” katanya.

KAPSYEN:

1243: Dr Zaida (dua dari kanan) bersama barisan penyelidik yang memenangi hadiah pada Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Selangor 2019 bulan lalu.

0813: Dr Zaida bersama sebahagian daripada anugerah yang dimenangi bagi penyelidikan santan kelapa sawit sejak 1997.

Dr Zaida menunjukkan inkubator bagi penyelidikan santan sawit PLUS.