Bila kerbau sesat naik minyak...

Iklan
Anggota berkuasa sedang menangkap kerbau naik minyak di di Jalan Tun Tan Cheng Lock, berhampiran Jonker Walk.

MELAKA TENGAH - Seekor kerbau yang tersesat di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhampiran Jonker Walk di sini naik minyak hingga mencederakan dua anggota bomba di sini hari ini.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.20 pagi itu menyebabkan dua anggota bomba cedera di tangan dan pinggul akibat disondol kerbau yang mengamuk itu ketika operasi menangkap haiwan berkenaan.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Riz Mukhkiz Azmaan Aziz berkata, haiwan berkenaan dipercayai tersesat di kawasan tersebut sejak petang semalam dan merosakkan beberapa harta awam termasuk cermin dan pagar hotel berhampiran.

Menurutnya, selain anggota bomba, seorang penjaga hotel juga mengalami cedera ringan selepas mengambil tindakan terjun bangunan akibat panik dengan kehadiran haiwan itu di kawasan tempat dia bekerja.

Kerbau yang naik minyak hingga mencederakan dua anggota bomba.

Iklan

Katanya, pihak berkuasa bersama Jabatan Veterinar berjaya menangkap haiwan seberat kira-kira 700 kilogram selepas terkena tembakan.

"Kerbau itu akhirnya berjaya ditenangkan setelah tembakan dilepaskan ke arah binatang itu dan mati," katanya.

Iklan

Tambahnya, ketika operasi menangkap haiwan berkenaan, jalan itu turut ditutup sementara dan dibuka semula lebih kurang sejam kemudian.

"Bangkai kerbau itu telah dibawa ke rumah sembelih di Jasin.

"Dalam masa sama pihak polis juga sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung pemilik kerbau itu," katanya.