Lelaki diberhentikan kerja terjatuh dari tingkat 23 apartmen

Iklan
Kesan darah mangsa di lokasi ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Bandar Meru Raya hari ini.

IPOH - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartmen di Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Mangsa warga tempatan berusia 55 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan kesan darah oleh orang awam berhampiran laluan keluar tempat letak kenderaan apartmen itu sekitar jam 11.55 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah memanjat keluar dari beranda kediamannya di tingkat 23 apartmen itu berdasarkan penemuan sebuah kerusi.

"Tidak ada apa-apa kesan pergelutan ditemui dan pemeriksaan di rumah mangsa telah menemui satu kerusi yang diletakkan di beranda luar apartmen.

Iklan

"Kita percaya kemungkinan mangsa telah memanjat keluar menggunakan kerusi sebelum terjatuh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, mangsa telahpun diberhentikan kerja beberapa bulan lalu.

Iklan

"Kemungkinan sepanjang tempoh itu mangsa berada dalam keadaan kemurungan dan tekanan amat sangat," katanya.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.

Seorang wanita tempatan yang ditemui mabuk dalam kediaman mangsa ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan mabuk di kediaman mangsa ketika kejadian.

Katanya, polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga dan isteri mangsa yang kini berada di Melaka mengenai status hubungan sebenar wanita itu dengan mangsa.

"Keadaan wanita itu yang mabuk menyukarkan kita untuk mendapatkan maklumat, dia telahpun dibawa ke hospital untuk kita dapatkan ujian darah atau apa-apa juga kesan lain yang dapat membantu siasatan," katanya.

A Asmadi berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat siap.

"Forensik telah dipanggil untuk membantu siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil menyalurkan maklumat segera kepada polis bagi membantu siasatan," katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.