Berapa ratus permit polis perlu keluarkan?

Iklan
Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR -"Berapa ratus permit polis perlu keluarkan?” soal Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan peraturan perlunya permit ketika berkempen dari rumah ke rumah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Menurutnya, pembangkang meminta SPR menarik balik larangan tersebut serta-merta kerana ia bercanggah dengan Akta Pilihan Raya sedia ada.

Iklan
Iklan

"SPR perlu berjalan mengikut peraturan sedia ada, jangan buat peraturan baharu yang saya fikir menyusahkan orang ramai.

"Biarlah munasabah peraturan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Iklan

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan calon bahawa kempen yang dibuat dari rumah ke rumah perlu mendapat permit daripada polis kerana ia juga merupakan suatu bentuk berkempen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak susah pun mohon permit kempen rumah ke rumah, kata Karmaine

Iklan

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan SPR perlu mengikut peraturan sedia ada dan bukannya secara PIT, Peraturan Ikut Terlintas.

"Kita minta SPR memastikan peraturan sedia ada dapat dijaga. Pemberian duit, pemberian peruntukan, pengisytiharan projek-projek, guna jentera kerajaan, ini sepatutnya SPR beri perhatian.

"SPR perlu berjalan mengikut peraturan sedia ada, jangan buat peraturan baru yang saya fikir menyusahkan orang ramai,” katanya.

Semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas peraturan itu dan mendakwa ia adalah cubaan SPR untuk membantu Pakatan Harapan (PH).

Bahkan beliau menegaskan pihaknya juga mempertimbangkan untuk membawa kes itu ke mahkamah untuk memastikan sama ada SPR mengikut undang-undang atau tidak dalam isu berkenaan.