Indonesia mahu Malaysia tangani nasib nelayan di tangan penculik

Iklan
Sulistijo Djati Ismojo

TAWAU - Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau melahirkan kebimbangan terhadap nasib tiga lagi rakyat republik itu yang masih menjadi tahanan kumpulan penculikan dari Selatan Filipina ketika menangkap ikan di perairan Zon Selamat Timur Sabah tahun lalu.

Gusar akan perkara itu Konsulnya, Sulistijo Djati Ismojo berkata pihaknya berharap kerajaan Malaysia dan pihak berkaitan termasuk majikan mangsa agar dapat menangani sewajarnya nasib tiga rakyat Indonesia tersebut.

Iklan
Iklan

"Pihak kami menyerahkan perkara ini kepada Malaysia untuk mencari penyelesaian," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan video seorang rakyatnya yang ditahan kumpulan penculikan berkaitan Abu Sayyaf, dalam ketakutan dan sedang bercangkung di dalam sebuah lubang sambil meminta tolong.

Iklan

"Tolong saya bos, tolong saya bos," kata mangsa culik itu dalam nada tangisan di video tersebut.

Dalam video 13 saat itu, turut kelihatan dua lelaki berseluar celoreng dan bersenjata berdiri di belakang mangsa yang dikenali sebagai Samsul Sangunim. Samsul diculik bersama seorang lagi rakannya ketika menangkap ikan di perairan Pulau Gaya di Semporna pada 11 Sept tahun lalu, bagaimanapun rakannya, Usman Yusof, 30, berjaya melarikan diri daripada tahanan penculik pada 5 Dis.

Iklan

Dalam pada itu, Djati berkata pihaknya berpendapat bahawa video itu sebagai taktik penculik untuk mendapatkan perhatian agar tuntutan wang tebusan mereka dipenuhi segera.

Sebelum ini difahamkan, kumpulan itu meminta wang tebusan bernilai empat juta peso bagi pembebasan Usman dan Samsul.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali mengesahkan video itu adalah benar.

Kumpulan penculikan untuk wang tebusan itu sehingga kini turut menahan tiga lagi invididu iaitu seorang rakyat Malaysia dan dua warga Indonesia yang diculik di perairan Kinabatangan pada Disember lalu ketika menangkap ikan.- Bernama