Tiada rakyat kita terlibat ledakan bom di Medan: Wisma Putra

Iklan

SHAH ALAM - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian ledakan bom berlaku di Medan, Sumatera Indonesia hari ini.

Perkara itu disahkan Wisma Putra menerusi ciapan Twitternya.

Iklan
Iklan

"Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian ledakan bom di Medan. Warga Malaysia di Medan diminta agar mengambil langkah berjaga-jaga.

"Hubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan (061-4531342) untuk bantuan," katanya.

Iklan

Ledakan bom itu berlaku di luar ibu pejabat polis Medan dipercayai sebagai serangan bom berani mati mengakibatkan suspek pengebom maut.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, beberapa anggota polis dilaporkan cedera dalam serangan terbabit.

Iklan

Stesen televisyen Indonesia turut menyiarkan video orang ramai bertempiaran keluar dari bangunan berhampiran ibu pejabat polis.