SEREMBAN - Seorang pemandu lori tangki maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Kilometer 254.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.46 pagi itu, pemandu lori tangki, dipercayai membawa muatan lateks, Mohd Umar Redaman, 48, dari Kajang, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu treler yang membawa muatan kayu, Asuan Taib, 30, cedera di bahagian kepala dan badan manakala pemandu lori tangki air dan kelindan tidak mengalami kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki air dalam perjalanan dari Senawang menuju hentian sebelah Senawang telah dirempuh dari belakang oleh lori tangki yang dipandu oleh Mohd Umar di lorong kiri.
Selepas insiden itu, katanya, lori tangki air dialihkan ke lorong kecemasaan manakala lori tangki yang melanggarnya masih berada di lorong kiri sebelum dirempuh oleh sebuah treler yang membawa muatan kayu.
Rempuhan itu menyebabkan treler itu terbalik dan melintang di tengah jalan, katanya.
Kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk selama hampir dua jam apabila laluan dari Senawang ke Pedas Linggi itu terpaksa ditutup sepenuhnya.
Pihak polis dan pengendali Lebuhraya PLUS menyedia laluan alternatif sementara untuk pengguna lebuh raya ke selatan iaitu keluar melalui Plaza Tol Senawang dan melalui Rembau sebelum masuk semula ke lebuh raya melalui Plaza Tol Pedas Linggi.
Bagaimanapun, laluan lebuh raya di kawasan kemalangan itu dibuka selepas jam 9 pagi. - Bernama