Cuti paterniti: MTUC sokong cadangan kementerian

Iklan
Abdul Halim

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong cuti paterniti untuk pekerja swasta diselaraskan kepada tujuh hari seperti mana pernah dimohon dan dicadangkan pihaknya agar dapat dinikmati oleh golongan bapa.

Presidennya, Datuk Abdul Halim Mansor menganggap cadangan itu adalah wajar bagi membolehkan golongan tersebut dapat untuk menikmati faedah sama rata seperti pekerja awam.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan cadangan, MTUC sebelum ini mahu (faedah) sama rata.

"Pihak majikan juga tidak berkata tidak bersetuju tetapi (majikan) mempunyai asas dan alasan mereka sendiri, yang mana sama ada tiga atau tujuh hari.

Iklan
Iklan

"Pastikan ia tidak membebankan pihak majikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.