BEIJING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di China menangis kesakitan apabila doktor mengeluarkan puluhan cebisan kertas kecil yang tersangkut dalam kelopak matanya yang berpunca daripada perbuatan buli dilakukan rakan sekelasnya.
Menurut ibu bapanya, mereka hanya mengetahui tentang kejadian menimpa Duo Duo itu apabila melihat cebisan kertas kerap keluar daripada mata anak mereka sejak dua bulan lalu.
Iklan
Iklan
Ibunya, Li turut menyuarakan kebimbangan jika cebisan kertas itu akan merosakkan penglihatan murid gred dua terbabit.
"Doktor bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua cebisan kertas itu berjaya dikeluarkan atau tidak," kata ibunya lagi.
Sementara itu, guru besar Sekolah Rendah Dajian di bandar Yuzhou, wilayah Henan yang hanya dikenali sebagai Wang berkata, tiada guru bersama mangsa dan pembuli terbabit ketika kejadian itu berlaku.
"Mereka hanya mengoyakkan kertas kecil dan memilih Duo Duo secara rawak,"katanya.
Susulan kejadian itu, Biro Pendidikan dan Sukan Yuzhou mengarahkan sekolah terbabit mengatur sesi kaunseling untuk mangsa dan turut mengkritik perbuatan pembuli terbabit. - Agensi