TORONTO - Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut selepas dihempap pendingin hawa yang jatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Toronto, Kanada Isnin lalu.
Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku ketika kanak-kanak tersebut dibawa oleh ibunya dengan kereta sorong bersama dua lagi anaknya berusia 5 dan 7 tahun.
Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian di Kompleks Perumahan Komuniti Toronto, di Scarborough dan siasatan mendapati pendingin hawa itu jatuh ke atas mangsa.
Crystal Mirogho, kemudian dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.
"Keluarga kami telah kehilangan anak perempuan, Crystal yang berharga," kata keluarga itu dalam satu kenyataan.
Keluarga Crystal telah mengutip dana menerusi laman GoFund Me dalam usaha mendapatkan wang bagi pengebumiannya.
Kempen ini berharap dapat mengumpulkan AS$22,275 (RM93,000) bagi membantu keluarga ini berpindah ke rumah baharu. - Agensi