3,211 ah long diberkas sejak 2010

Iklan
Mohd Zakaria menunjukkan suspek yang dikehendaki pada sidang media berkaitan dengan OPS Waran Tangkap 2019 di Kuala Lumpur. - Foto ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia telah memberkas 3, 211 ah long yang melibatkan pinjaman sebanyak RM142 juta sejak 2010 hingga 31 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, sebanyak 5, 655 kes dilaporkan sepanjang tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman telah menyenaraikan 117 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes ah long di seluruh negeri.

"Seramai 67 orang telah tampil dan kami telah menahan mereka, kami masih mengesan seramai 50 orang lagi yang dipercayai dapat membantu berhubung kes ah long," katanya.

Iklan
Iklan

Mohd Zakaria turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berurusan dengan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long kerana pihak terbabit mengenakan faedah tinggi terhadap mangsa selain bertindak agresif dengan tujuan memaksa mangsa melangsaikan pinjaman sekiranya mangsa gagal berbuat demikian.