D-Max 1.9L sahut cabaran Borneo Safari

Iklan
ISUZU mempertaruhkan D-Max 1.9 liter bagi melihat keupayaannya beraksi dalam situasi ekstrem.

WALAUPUN baru saja dilancarkan untuk pasaran tempatan, Isuzu D-Max 1.9 liter tidak gentar untuk menggalas cabaran dan ujian getir bagi menghadapi cabaran menakluki acara off-road paling mencabar di Asia iaitu Borneo Safari di Sabah.

Sejak lebih sedekad lalu, Isuzu D-Max 2.5 liter dan 3.0 liter telah terbukti menjadi antara kenderaan terbaik dan berkeupayaan menggalas tugas yang diberi walaupun sekadar diberikan modifikasi minimum.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, pada tahun ini, Isuzu mempertaruhkan D-Max 1.9 liter bagi melihat keupayaannya beraksi dalam keadaan dan permukaan ekstrem.

"Blue Monster terbaharu menampilkan penggunaan enjin 1.9 liter yang paling kecil dan canggih dalam kelasnya, tetapi ia hadir dengan janaan kuasa yang lebih besar berbanding unit 2.5 liter terdahulu dan 56 kilogram lebih ringan.

Iklan

"Melalui rekaan dan kejuruteraan inovatif, model terkini berkenaan dapat memberikan prestasi off-road lebih baik sebagaimana prestasi yang telah ditunjukkannya di atas jalan raya biasa,” katanya.

Selain penggunaan jenis tayar untuk permukaan berlumpur, jentera tersebut juga menggunakan suspensi khas bagi menyesuaikan penggunaan roda yang lebih besar, perlindungan badan heavy duty, sebuah winch dan corong udara khusus (snorkel).

Iklan

Selebihnya, Blue Monster kekal dengan spesifikasi standard sepertimana yang dilihat pada unit yang dipamerkan di bilik pameran.

Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-29 bagi Borneo Safari dan merupakan tahun ke-13 Isuzu bertindak selaku penaja utama.