Pemandu e-hailing pasang 'pagar' dalam kenderaan

Iklan
Tangkapan layar video yang menunjukkan pagar besi yang dipasang oleh wanita tersebut bagi melindungi dirinya kini tular di media sosial

INDONESIA - Tindakan seorang pemandu wanita e-hailing yang memasang 'pagar' di bahagian pemanduan kenderaannya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Alternatif wanita itu dikongsi oleh @FrankyPaulus86 di Twitternya dengan memuat naik sebuah video memaparkan pemandu tersebut yang bekerja dengan syarikat Go Gar menerangkan kepada penumpangnya sebab 'pagar' itu dibina.

Iklan
Iklan

Menurut wanita tersebut, memang ia tidak menjamin keselamatan sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat mencegah daripada bahaya yang berlaku seperti dijerut atau dikelar.

Wanita yang juga seorang ibu itu mengakui bimbang dengan lima kejadian yang berlaku kepada pemandu e-hailing yang telah dibunuh dan diragut di negara tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, @FrankyPaulus86 turut memuat naik ciapan memberitahu,"Sungguh menginspirasi, sebagai seorang perempuan, ibu ini sungguh kuat mengambil peranan sebagai ketua keluarga bekerja sebagai driver GoGar.

Antara reaksi netizen menyokong tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut dalam melindungi dirinya daripada bahaya.

"Tentunya dirinya bimbang akan bahaya yang datang dari penyamun, maka dari itu, ibu ini membuat sangkar dari besi untuk mencegah penjenayah bertindak dengan lebih kejam terhadap dirinya," tulisnya

Iklan

Perkongsian video yang berdurasi 45 saat itu tular yang kini meraih 385,800 tontonan, 12,200 ulang kicau.

Rata-rata netizen menyokong tindakan wanita tersebut bagi melindungi dirinya daripada bahaya.

"Agak pelik sebenarnya kalau dilihat terasa seperti di dalam kereta polis tapi dengan cara ini satu perkara yang mampu mencegah dirinya daripada tercedera dan lebih baik. Semoga si ibu dimudahkan rezeki, diberikan kesenangan dalam pekerjaannya," tulis @IhsanRizki_48 di Twitter.

@Imannai24 pula berkata,"Apa yang dilakukan oleh wanita ini amat bijak kerana penyamun atau pembunuh amat menyasarkan pemandu e-hailing terutamanya wanita kerana itu merupakan sasaran mudah bagi mereka,".

Link video