Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang

Iklan
Beruang matahari

BETONG - Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak dengan kerjasama Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menyelamatkan seekor beruang matahari yang dipercayai dipelihara tanpa permit dalam serbuan Op Khazanah di sebuah rumah panjang di sini semalam.

Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan kerana tiada penghuni rumah panjang di Ijok Spak itu yang mengaku memiliki haiwan tersebut dalam serbuan pada 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Komander PPMW5, Asisten Komisioner Shamsol Kassim dalam satu kenyataan berkata, haiwan itu dirampas di bawah Seksyen 48(1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 kerana tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan haiwan berkenaan dan ia diserahkan kepada SFC untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Shamsol berkata, seorang pemandu lori ditahan kerana dipercayai membawa kayu bergergaji secara haram di Jalan Entabai, Julau, hari ini.

Iklan

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40an itu ditahan PPMW5 Sarikei pada jam 12.45 tengah hari bersama 240 keping kayu yang dimuatkan di dalam lori yang dipandunya itu.

"Kesemua kayu tersebut tidak mempunyai sebarang tanda hak milik, tanda (JH) Jabatan Hutan Sarawak dan tanda cukai.

Iklan

"Pemandu lori dan rampasan yang dianggarkan berjumlah RM155,400 tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan Bahagian Sarikei untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama