Nilai sebaik mungkin sebelum 'buang' pemain: Misbun

Iklan
Misbun

KANGAR - Segala aspek dan faktor perlu dinilai sebaik mungkin sebelum proses 'pembuangan' mana-mana pemain daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilakukan.

Banyak pertimbangan perlu dilakukan agar pihak persatuan tidak salah menilai 'antara kaca dan permata' yang sepatutnya terus berada dalam badan induk sukan itu.

Iklan
Iklan

Bagi ketua jurulatih lelaki negara, Datuk Misbun Sidek berkata, sebagai jurulatih beliau akan melakukan tugas sebaik mungkin dengan mempersiapkan pemain dari segi latihan, persiapan ke arah kejohanan serta ulasan dan laporan kepada pengurusan.

"Kalau pihak pengurusan yang buat keputusan itu, kita kena akurlah. Tapi kalau ia kuasa diberi kepada jurulatih, mungkin jurulatih yang akan buat keputusan sama ada hendak direviu atau ditukar ganti atau dirombak. Itu adalah lebih pada mana yang ada kuasa untuk buat keputusan.

Iklan

"Pemain yang ada contohnya yang tidak tidak meningkat prestasinya selepas dibagi beberapa bulan atau tahun dan tidak meningkat, itu harus dinilai dengan sebaik mungkin sebelum kami tukar, ganti kepada pemain yang lain," katanya.

Misbun bersama skuad badminton negara menyertai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019 (IC) di Dewan 2020 pada 12 hingga 17 November.

Iklan

Beberapa pemain yang mempamerkan prestasi hambar tahun ini dikatakan tidak senang duduk apabila memikirkan sistem 'penyingkiran' akan dijalankan BAM pada hujung Disember ini.

BAM sebelum memperkenalkan Projek 24 iaitu satu pelan yang menyasarkan pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 selain menetapkan sasaran terhadap skuad negara mara ke final Piala Thomas.

Di bawah Projek 24 itu, antara perkara yang akan diberikan perhatian ialah penilaian prestasi pemain serta barisan kejurulatihan pada akhir tahun ini dan tidak teragak-agak untuk menggugurkan pemain sekiranya tidak mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

Sementara itu, Misbun berkata, konsentrasi dan prestasi pemain mungkin terjejas bukan sahaja kerana memikirkan mereka mungkin disingkirkan tapi juga boleh terganggu kerana faktor lain seperti percaturan pemain di kejohanan yang disertai.

Menurut legenda badminton negara itu dalam usaha memburu mata ke Sukan Olimpik tahun ini, penyertaan dan percaturan pemain boleh menjadi sebab kepada prestasi yang kurang baik beberapa pemain.

"Kita tengok seperti sekarang ini, IC tidak besar sangat tapi kita dapat lihat ramai pemain China turun, yang pelapis pun turun bertanding begitu juga Indonesia, jadi boleh anggap ini adalah pertandingan yang ada taraf, pemain yang bagus pun turun (bertanding).

"Untuk kita, memang tujuan ajukan pemain yang baharu ini... tiba-tiba mereka akan jumpa pilihan utama di pusingan pertama itu. Kita hendak masukkan mereka sebagai langkah untuk beri pendedahan dan sebagainya tapi kena berdepan pemain terbaik dan sebagainya. Macam mana kita hendak nilai terhadap pemain ini," katanya. - Bernama