ALBANY - Pelik tapi benar. Seorang lelaki di Amerika Syarikat mencipta hon pejalan kaki bagi memastikan perjalanannya ke sesuatu destinasi lancar tanpa gangguan.
Yosef Lerner mendapat inspirasi untuk menghasilkan gajet berkenaan selepas berdepan kesesakan luar biasa di laluan pejalan kaki sekitar Bandaraya New York pada waktu puncak.
Iklan
Iklan
Berbentuk stereng kereta, hon tersebut turut dilengkapi tali sandang bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana.
Pada mulanya, Lerner mahu menjual ciptaannya pada harga AS$699 (RM2,906) tetapi akhirnya membatalkan niat tersebut kerana enggan menambahkan lagi pencemaran bunyi.
"Hon ini tidak lagi dijual kerana ia akan hanya menambahkan lagi pencemaran bunyi,” katanya.
Video memaparkan Lerner menyelusuri laluan pejalan kaki sekitar Mannhattan turut tular di YouTube.
Namun, rata-rata pejalan kaki dan pelancong memberikan reaksi negatif setiap kali Lerner membunyikan hon tersebut. - Agensi