Permit kempen sudah dimaklum awal: SPR

Iklan
Azhar Azizan memantau petugas-petugas SPR sedang melakukan persiapan di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini menjelang Hari Mengundi PRK Tanjung Piai esok. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PONTIAN - Ia bukan diperkenalkan pada pertengahan tempoh berkempen tetapi sejurus selepas tempoh kempen bermula, demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berhubung kontroversi dan isu berbangkit berhubung keperluan permit polis bagi tujuan berkempen melibatkan enam calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Menurutnya, ketika perkara berkenaan diumumkan, wakil-wakil calon bertanding yang hadir dilihat tidak membantah pengumuman berkenaan.

Iklan
Iklan

Malah katanya, wakil-wakil calon berkenaan turut memohon permit berkenaan yang dikeluarkan oleh polis.

"Untuk makluman, permit ini adalah keputusan daripada pihak polis dan bukannya keputusan daripada SPR.

Iklan

"Jadi satu penipuan kalau ada yang kata pertengahan tempoh kempen. Ia satu niat jahat. Kita tak tahu apa motif mereka.

"Bagaimanapun saya juga bersetuju dengan kenyataan Peguam Negara berhubung perkara keperluan garis panduan contohnya bagi program walkabout, rumah ke rumah,” katanya pada sidang media sempena sesi semakan isi peti undi dan agihan peralatan mengundi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Iklan

Sesi yang bermula seawal jam 8 pagi itu bertujuan untuk memastikan kelancaran proses pengundian esok.

Mengulas lanjut Azhar berharap pengundi dapat keluar mengundi lebih awal berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.

Selain itu penyokong-penyokong parti bertanding juga diharap tidak berkumpul di mana-mana khususnya di pusat mengundi kerana ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam selain boleh menjadi aktiviti provokasi.

"Untuk mengelakkan semua itu terjadi, saya harap tiada penyokong berkumpul, bersorak, bawa pembesar suara dan sebagainya esok. Mari kita jalankan hak sebagai pengundi dengan aman dan matang.

"Calon-calon, ahli parti serta penyokong juga perlu mematuhi peraturan pilihan raya seperti tidak boleh memakai baju atau membawa kain rentang yang memaparkan logo, slogan parti, gambar dan nama calon dalam jarak 50 meter dari kawasan mengundi.

"Saya mohon sangat perkara itu tidak berlaku lagi kerana sebelum ini terdapat seorang dua yang berbuat demikian malah ada calon buat demikian. Tak tahulah, mereka lupa atau tak faham ke atau sengaja,” katanya.

Sementara itu Azhar berkata, seramai 119 petugas dari SPR serta 1,100 daripada polis serta empat pasukan penguat kuasa akan bertugas esok.

Katanya, kesemua petugas berkenaan bertugas 24 jam sehari dan akan berjalan di serata tempat.

"Mereka akan jalankan tugas seperti biasa, tetapi kita akan beroperasi secara lembut (soft approach).

"Selain itu seperti biasa kita sasarkan paling awal 10 malam untuk keputusan pengundian tapi keputusan tak rasmi pancar live seperti biasa sejurus selepas setiap kawasan dapat keputusan, maka akan terus dipancarkan,” katanya.